E-CUTTER



E-Cutter menggunakan gabungan konsep kuasa elektrik dan mekanikal bagi menggerakkan alat pemotong berupa sabit, yang dipasang pada hujung galah. Ia dibangunkan menerusi satu sistem menggabungkan generator elektrik dan motor.
Pencantas elektrik E-Cutter itu mampu mengait buah sawit dan mencantas pelepahnya, pada pokok yang mempunyai ketinggian sehingga 9-12 meter.
E-Cutter berfungsi apabila dinamo yang menghasilkan tenaga elektrik disalurkan kepada sebuah motor elektrik, yang akan menggerakkan kepala pemotong di hujung galah.
Sabit yang dipasang pada hujung galah akan bergetar dan menghasilkan daya pemotong bagi melakukan proses pemotongan tandan serta pelepah sawit.
Sebuah enjin petrol dua lejang digunakan bagi memacu dinamo untuk menghasilkan elektrik.
Harga sekitar RM1,500 sehingga RM2,000 per unit.

Comments